Apabila mahkamah memutuskan Allah tidak eksklusif untuk orang ISLAM, pelbagai reaksi yang dapat dilihat. Ada orang gembira, ada juga yang berdemo menyatakan perkara tersebut harus mendapat campur tangan Raja Raja Melayu.
Saya tidak gembira, juga tidak kecewa. Itu adalah cerita jual kayu yang diproses menjadi kertas dan diedarkan keseluruh negara dan yang untung adalah penjual surat khabar, majalah, stesen TV dan radio. Semua mereka untung kerana dapat menulis dan menyiarkan berita berita baru.
Kenapa Allah didalam Al-Quran bukan untuk orang Kristian?
Sebab, orang kristian cakap Al-Quran ditulis oleh nabi Muhammad yang mereka panggil si penipu. Penipu yang boleh bercerita tentang lautan dengan tepat sedangkan dia tinggal di padang pasir.
Seorang penipu yang bercerita tentang binatang yang ada didunia ini hanya ada yang berkaki 2, berkaki 4 dan berjalan diatas perut dan jenis burung dan ikan. Sedangkan dia tidak pernah merantau ke hutan amazon dan membuat kajian seperti ini.
Seorang penipu yang bercerita bahawa TUHAN itu unik. Hanya dia tempat memohon segala bantuan dan keperluan. Tidak beranak pinak. Tidak ada yang serupa dengannya. Sedangkan dizamannya ada pelbagai jenis TUHAN.
Seorang penipu yang bercerita tentang JESUS dan menceritakan perihal JESUS itu lebih baik dari JESUS yang diceritakan didalam KITAB KITAB tulisan orang ROME dan YAHUDI dizaman sebelumnya.
Seorang penipu yang mengangkat martabat JESUS.
Aneh apabila orang orang politik sudah mula meletakkan POLITIK adalah segala galanya dan ALLAH juga menjadi Allah mereka. ISU Allah dibuat semacam isu berebut anak untuk hak penjagaan.
Kalau anda suka Allah sebagai bermaksud TUHAN, itu hak anda. Kalau anda merasakan Allah adalah nama TUHAN. Itu juga hak anda. Sekiranya rasa adalah elemen penting dalam membuat keputusan, itu tandanya AKAL anda sudah tidak berfungsi untuk menilai sesuatu perkara. Kerana rasa tidak memerlukan akal. Kerana itu, cinta sesama jenis adalah cinta orang tiada akal.
Kepada yang tiada akal, Allah sentiasa menang dimana mana pun. Tidak perlu masuk mahkamah.
Tapi bila Allah berpihak pada orang Kristian, kenapa Allah di dalam perjanjian lama mengatakan dia UNIK. Tiba tiba di dalam perjanjian baru DIA BERANAK pula.
Demikianlah kecelaruan perihal Allah dan tiada seorang pun yang ada kudrat untuk bicara perbandingan Al-Quran dan Bible. Yang diminati adalah ramai orang Kristian dan ramai orang Islam.Ramai memilih kerana ramai mengikut, bukan kerana kebenaran atau pun kerana Allah itu sendiri.
nice blog...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete